Membina Mock Up Website

Software yang digunakan adalah Figma yang boleh diakses melalui website Figma. Melalui penggunaan Figma ini, kita boleh merancang bagaimana rekabentuk yang diinginkan sebelum website itu dimuatnaik ke dalam web server kita.

Ini adalah untuk memudahkan pelanggan atau diri kita sendiri untuk memilih rekabentuk laman web yang kita inginkan. Perkara yang amat penting di dalam pembangunan website adalah berkaitan pemilihan warna yang sesuai, menepati citarasa pengunjung serta bertepatan dengan pilihan pelanggan bagi yang membangunkan website bagi pihak lain.

Selain itu, Figma juga memberikan kita kemudahan di dalam mengenalpasti CSS yang telah ditetapkan semasa proses penyediaan diperingkat permulaan pembinaan website. Dengan mengenalpasti CSS yang berpadanan dengan konsep yang kita ingini, kerja-kerja pembinaan website adalah lebih mudah dan pantas berbanding jika kita membangunkan website secara terus di dalam server kita. Secara tidak langsung, kita dapat mengurangkan kerenah pelanggan di dalam membuat keputusan bagaimana bentuk website yang pelanggan inginkan.

Di bawah adalah contoh mock-up yang dibangunkan menggunakan Figma. Dengan adanya mock-up ini, kita boleh menunjukkan apa pelanggan akan dapat di dalam website mereka. Sebelum kerja-kerja pembangunan dijalankan, kita boleh meminta pendapat pelanggan berkenaan pemilihan warna dan bentuk website yang mereka akan dapat setelah website tersebut siap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *