Harga Bitcoin RM108,468.74

Alamak, harga Bitcoin dah lebih RM100k. Apa nak buat? Aduh, menyesal tak beli masa murah. Apa nak buat, beli aja la buat simpanan masa depan. Kalau ada cash lebih, boleh la beli sikit-sikit.

Oklah, korang yang belum ada Bitcoin (BTC) tu, ada beberapa perkara yang perlu korang tau berkenaan BTC ni.

Bila Nak Beli

  • Kalau tengok pada sejarah, biasa harga bitcoin akan meningkat pada hujung tahun.
  • Boleh beli bila-bila masa juga kalau ada lebihan Ringgit Malaysia. Nak tunggu harga turun, kita pun tak boleh nak kata bila harga turun.
  • Time ada orang nak jual. Huhuhuhu.

Nak Beli Di Mana

  • Beli dari Luno
  • Beli dari Remitano
  • Beli dari orang yang ada BTC

Kos-kos Yang Terlibat

  • Mining fees
  • Deposit fees
  • Withdrawal fees
  • Send fees
  • Trade fees
  • Receive fees

Mining fee adalah :

Mining fee Bitcoin adalah sejumlah kecil bitcoin yang diberikan untuk memberi insentif kepada pelombong bitcoin (dan pengendali mereka) untuk mengesahkan transaksi bitcoin. Pelombong Bitcoin menggunakan perkakasan khas yang mengesahkan dan menjamin transaksi di rangkaian bitcoin. Mining fee adalah bertujuan membayar pelombong untuk perkhidmatan yang mereka berikan.

Deposit fee, withdrawal fee, send fees, trade fees dan receive fees adalah bayaran yang dikenakan kepada pembekal perkhidmatan seperti Luno dan Remitano untuk anda menukarkan BTC anda kepada matawang Ringgit Malaysia atau kepada matawang Crytocurrencies yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *